Pages - Menu
Sabtu, 31 Disember 2022
Ahlan Wa Sahlan 2023
Ahlan Wa Sahlan 2023...
Bertambah tahun, maka bertambahlah umur dan semakin dekat dengan kematian yang belum pasti waktunya. Namun, kata-kata " Jadikanlah hari esok, lebih baik daripada hari ini" membuat ustazah terus menguatkan diri untuk terus belajar perkara baru dan berkongsi ilmu yang dipinjamkan oleh Allah sementara hidup. Amalan yang ada belum tentu jamin ke syurga. Moga dengan sedikit perkongsian dan coretan dalam blog kali ini, dapat menambah baik diri ustazah dan sahabat-sahabat sekalian. Moga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah.
Jumaat, 30 Disember 2022
Inovasi Puzzle i-Insyak Cetakan Pertama
Part 1 : Unboxing PUZZLE i-INSYAK
Part 2 : Cara Menyusun Kad Untuk Bina Ayat
dan hasil dapatan menunjukkan sangat teruja dengan Puzzle i-Insyak.
Khamis, 29 Disember 2022
Contoh Skrip Arab Moderator Teknik Menjawab on line
بسم الله الرحمن الرحيم وبه نستعين وعليه نتوكل، والصلاة والسلام على من بُعث رحمة للعالمين وعلى آله وصحبه أجمعين أما بعد.
فالحمد لله الذي علم الانسان بالقلم، علمه ما لم يعلم،
.
المحترم/ الفاضل الأستاذ محمد شهرول نيزان ابن زكاريا/ محاضر ومقدم وممثل اليوم.
المحترمون / المعلمون والمعلمات , الطلاب والطالبات,
الإخوة و الأخوات الكرام...
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...أسعد اللهُ ليلَكم بكل خير...
أيها الطلاب - كيف حالكم جميعا؟ أرجو كم في الصحة والعافية مع أسرتكم
وكيف استعدادكم لامتحان الشهادة الدراسية الماليزية الذي سيكون في شهر مارس القادم؟ هل درستم في البيت؟
أنا على اليقين , أنكم مشتاقون للذهاب إلى المدرسة لمراجعة مع الأصدقاء والمعلمين. أليس كذلك؟
أنا أستاذة............................., من مدرسة سجامت الثانوية الوطنية الدينية . اليوم أكون رئيسة المنتدى الهوائي في هذه المرة. ونَبُثُّ لكم مباشرة من قناة الجوهر.
قبل أن أطول كلامي, من الأفضل نفتتح هذا المنتدى بقراءة أم الفرقان. ,نسأل اللهَ العليَ العظيم عسى ان يوفقَنا ويرضى وان يتم هذا اللقاء بالخير
أمين أمين يا رب العلمين
نحمده و نشكره تعالى بتوفيقه / نجتمع فى هذا الليل المبارك/ في الهواء مباشرةً للمشاركة بمنتدى هوائي اللغة العربية التى تم تنظيمها نادي معلمي اللغة العربية بولاية جوهر/ وتعقد هذه المشاركة لأول مرة للسنة الجديدة الفين اثنين وعشرين ...وأرجو أن يكون هذا منتدى هوائي كنقطة البداية لكثير من المنتديات / التى ستعقد بعد ذلك / فى بحث التطويرات/ والإبداعات و التقنيات /فى مجال تعليم وتعلم اللغة العربية. / وأرجو من حضراتكم / ان تستمروا وتبقوا معنا الى نهاية المنتدى الهوائي / حتى نستفيد من كل ما سيقدم لنا / المقدم اليوم من التقنيات الحديثة والسهلة و الإبداعات الفنية الرائعة فى تعليم وتعلم اللغة العربية لا سيما في كتابة النص والإنشاء التوجيهي . وأنتم ستقضون معنا أسعدُ اوقاتكم إن شاء الله.
ونتشرف الفاضل الأستاذ لتقديم مشاركته. فليتفضل مشكورا......
جزا الله عنا الاخ خير الجزاء..
والأن نستمع الى كلمة الاخ الفاضل.........موظف.......بادارة التعليم بولاية جوهر.. الذي سيبين لنا بالإيجاز عن هذه المنتدى فليتفضل مشكورا
جزا الله عنا الاخ خير الجزاء على ما قدم لنا من التعليمات..
Contoh Doa Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Untuk anak-anak SPM
يا الله يا رحمن يا رحيم،
Dengan kemuliaan nama-namaMu , keagungan sifat-sifatMu, dan dengan sifat ar Rahman dan ar Rahim keatas hamba-hambaMu, Jadikanlah Apa kiranya ,
MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT UNTUK ANAK ANAK TING 5 SMKA SEGAMAT ini, sebagai satu majlis yang diredhai, diberkati dan dimaqbulkan doanya.
يا عزيز يا ستار, يا عليم يا جبار ,
Saat ini kami mengangkat tangan memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan kami, ya Allah, bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, terutamanya untuk anak-anak SMKA SEGAMAT yang telah disahkan positif covid19.
Lindungilah anak-anak SMKA SEGAMAT yang lain juga, serta guru-guru dan warga Maahad Muar yg lain, keluarga kami, anak-anak kami, jiran tetangga kami dan negara kami dan seluruh dunia daripada wabak ini, ya Allah sembuhkanlah mereka yang telah dijangkiti. Sembuhkan mereka yang sedang dirawat, ya Allah. Berikan kekuatan dan kesabaran kepada
barisan hadapan sama ada dalam kalangan petugas kesihatan dan guru-guru Maahad Muar yang sedang bertungkus-lumus berjuang merawat dan menjaga anak-anak dan memerangi wabak ini, ya Allah.
Ya Zaljalali wal Ikram,
Sesungguh kami amat sedih dengan apa yang menimpa kami ini, ya Allah. Hanya Engkaulah yang Maha Berkuasa. Berilah kami kekuatan, ya Allah. Berilah keupayaan agar kami menghadapi semua ini. Semoga kami dapat memperbaiki kekurangan, kelemahan kami, ya Allah. Semoga ada hikmah di sebalik ujian-Mu ini. Semoga semakin kuat keimanan dan
ketakwaan kami kepada-Mu, ya Allah.
يا فتاح يا عليم , فعال ما يريد ,
Hari berganti, minggu berlalu, bulan bersilih, rupanya besok menanti ,anak-anak permata kami tingkatan 5 , dengan penuh debaran dihati, akan memulakan peperiksaan SPM tak lama lagi.
Kami menadah tangan memohon dikabulkan, agar setiap impian menjadi kenyataan ,Berikanlah kesihatan kepada anak-anak permata kami, lapangkanlah pemikiran, fokuskan penumpuan,
Engkau lebarkanlah kerahmatan dan kerahimanmu , kurniakanlah ketenangan, tunjukkan jalan, semoga mereka dapat menjawab semua soalan dengan penuh keyakinan , seolah –olah kejayaan sudah berada di hadapan.
اللهم يا الله يا رحمن يا رحيم
Anak-anak kami kini berada di ambang peperiksaan , mohon semoga dijauhkan mereka dari kelalaian dan kemaksiatan, kerana ianya akan menghilangkan keberkatan, setiap ilmu dan juga hafalan,
Peperiksaan kian hampir dihadapan , mohon dijauhkan dari debaran, musibah yang menguji kekuatan dan perasaan yang tidak keharuan , khuatir ianya akan memberi kesan , dalam dewan tempat ujian.
Nanti , ketika menjawab soalan , engkau ya Allah , datang nusrah dan pertolongan , mohon dibentangkan soalan yang senang , telah diramal juga dirancang, semuga soalan dijawab dengan cemerlang .
يا فتاح يا عليم , فعال ما يريد
Ya Allah, jadikanlah helahan nafas kepenatan , peluh keringat yang membasah , tidur yang tak punya mimpi yang indah , buat anak-anak kami , kurniakanlah kejayaan yang cemerlang , di dunia dan di akhirat yang mendatang
Buat guru-guru SMKA SEGAMAT , hati yang suci bagai kain putih yang mewangi, menjadi saham dan amal soleh serta ganjaran yang tak putus dari ilahi, menjadi bekalan setelah mati, berkekalan hingga ke akhirat nanti.
Moga diperhujungnya nanti, kan tumpah Air mata kegembiraan dengan kejayaan .
اللهم يا ذالجلال والاكرام
Kiranya anak-anak kami berdosa pada ibu dan bapa, guru yg tercinta , rakan-rakan sebaya , ampunkanlah dosa-dosa mereka semua , moga ianya tidak menjadi penghalang dan pendinding kepada kejayaan.
.
اللهم اصرف عنا وعن المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات والحاضرين والحاضرات، البلاء والوباء ، الأمراض والأسقام، الفتن والمحن، الحسد والعدوان، الغفلة والنسيان، وأزل عنا وعنهم الشكوك والظنون والأوهام بمنك وكرمك يا ذا الجلال والإكرام . ربنا ءاتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار. وصلى الله على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه وسلم، والحمد لله رب العالمين .
اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما وتفرقا من بعده تفرقا معصوما ولا تجعل الله فينا ولا معنا ولا من يتبعنا شقيا ولا مطرودا ولا محروما , ربنا ءاتنا فى الدنيا حسنة وفى الاخرة حسنة وقنا عذاب النار .
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه اجمعين . والحمدلله رب العالمين .




.png)