Just another free Blogger theme

Follow us

Jumaat, 30 Disember 2022



 Part 1 : Unboxing PUZZLE i-INSYAK

Part 2 : Cara Menyusun Kad Untuk Bina Ayat

Projek inovasi PUZZLE i-INSYAK merupakan satu kit yang mengandungi ungkapan-ungkapan bahasa Arab yang perlu dicantumkan bagi membentuk pelbagai tajuk karangan bahasa Arab yang betul dan gramatis dengan gaya bahasa yang menarik. Puzzle ini diinovasikan dalam bentuk 4 lajur dan beberapa baris. Setiap lajur mewakili bahagian penting dalam pembinaan ayat bahasa Arab yang bukan hanya melibatkan susunan perkataan, bahkan jenis perkataan dan barisnya. PUZZLE i-INSYAK memudahkan murid mengembangkan ayat karangan tanpa murid perlu memikirkan teori-teori tatabahasa sama ada ilmu morfologi atau sintaksis bahasa Arab yang banyak. Berdasarkan analisis latihan, temu bual dan ujian sebelum intervensi, didapati murid belum menguasai kemahiran menulis karangan bahasa arab. Mereka tidak boleh menyusun ayat dengan baik, tidak pandai memilih perkataan yang betul untuk menyampaikan ayat yang difahami dan tidak pandai menyusun idea dalam penulisan karangan bahasa arab. Bagi menangani masalah tersebut, perancangan dan tindakan telah dibuat sehingga terhasilnya Puzzle i-Insyak. Hasil dapatan kajian menunjukkan kit Puzzle i-Insyak berjaya meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran menulis karangan bahasa arab yang lebih gramatis dengan tatabahasa dan gaya bahasanya yang betul. Hal ini dapat dibuktikan dengan dapatan perbandingan data peningkatan tahap penguasaan murid terhadap penguasaan kemahiran bertulis sebelum dan selepas intervensi . Kit Puzzle i-Insyak merupakan satu intervensi yang berjaya memperbaiki amalan pembelajaran murid dalam penulisan karangan yang menepati ciri-ciri Pendidikan Abad 21.Puzzle i-Insyak ini  berjaya mencapai  objektif yang  telah  ditetapkan dan  ia  boleh didaftarkan   sebagai   satu   pendekatan yang  baharu dalam pedagogi Bahasa Arab dan  diterapkan dengan  lebih banyak unsur-unsur  permainan  yang  menarik    dalam kit  Puzzle  i-Insyak. Penggunaan   Puzzle  i-Insyak  juga disediakan versi pelbagai aktiviti pengukuhan dan aktiviti penggayaan pembinaan ayat  mudah  bagi memenuhi   keperluan  pembelajaran  murid  yang  berbeza dari segi tahap penguasaan dan keupayaan berbahasa. Projek inovasi ini juga telah disebarluas dan dikongsikan bersama murid-murid sekolah lain
dan hasil dapatan menunjukkan sangat teruja dengan Puzzle i-Insyak.


Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Pellentesque volutpat volutpat nibh nec posuere. Donec auctor arcut pretium consequat. Contact me 123@abc.com

0 Reviews:

Catat Ulasan